Gempa bumi kuat landa Rantau Kepulauan Aru

Astro Awani
Januari 26, 2019 10:29 MYT
Gempa dengan kedalaman 10km tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Aru, Indonesia pada 4.12 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak 598 kilometer Tenggara dari Sorong, Indonesia.
Kenyataan itu berkata gempa dengan kedalaman 10km tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
#gempa bumi #Indonesia #Kepulauan Aru #tsunami