Gempa bumi kuat landa Pakistan

Bernama
Januari 29, 2023 21:26 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad.
KARACHI: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.
Bagaimanapun, tiada korban jiwa atau infrastruktur yang rosak dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian berlaku sekitar 12:54 tengah hari (0854GMT) waktu tempatan pada kedalaman 150 kilometer (93 batu) dengan pusat gempa adalah Tajikistan, menurut jabatan meteorologi.
Negara itu terletak di Plat Tektonik Eurasia, yang terkenal dengan aktiviti seismik yang tinggi.
Pada September 2019, lebih 40 orang terbunuh dan lebih 300 cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan Mirpur di Azad Kashmir.
--BERNAMA
TAG: gempa bumi, Pakistan, Islamabad
#gempa bumi kuat #Pakistan #Islamabad #Jabatan Meteorologi Pakistan
;