Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Bernama
Oktober 13, 2024 10:40 MYT
Oktober 13, 2024 10:40 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Luar Pantai Costa Rica pada 1.43 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 10.6 darjah utara dan 86.1 darjah barat dengan kedalaman 62 kilometer (km), iaitu 1,601km Tenggara dari Puebla, Mexico.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA