Gempa bumi kuat landa Kepulauan Solomon
Bernama
Februari 9, 2016 11:45 MYT
Februari 9, 2016 11:45 MYT
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Solomon pada 12.19 awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di 124 kilometer barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,193 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.