Gempa bumi kuat landa Kepulauan Loyalty

Bernama
September 11, 2018 09:32 MYT
Pusat gempa bumi terletak di 22.2 darjah selatan dan 170.1 darjah timur kepulauan tersebut dengan kedalaman 10 km.
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda bahagian tenggara Kepulauan Loyalty, 906 km di Barat Daya Nadi, Fiji, pada 3.31 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 22.2 darjah selatan dan 170.1 darjah timur kepulauan tersebut dengan kedalaman 10 km.
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.
-- BERNAMA
#amaran #ancaman #Fiji #gempa bumi #Jabatan Meteorologi #Kepulauan Loyalty #tsunami
;