Gempa bumi kuat landa Kepulauan Filipina

Bernama
Mei 5, 2022 10:38 MYT
Penilaian awal mendapati ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Filipina pada 4.21 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Filipina #Tagum #MetMalaysia