Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Jepun

Bernama
Februari 26, 2023 11:10 MYT
Gegaran dicatatkan pada 10.27 malam waktu tempatan dan pusat gempa terletak pada kedalaman 60 kilometer.
TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pantai Kushiro Hokkaido, di Jepun, lapor Xinua memetik agensi cuaca pada Sabtu.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran dicatatkan pada 10.27 malam waktu tempatan dan pusat gempa terletak pada 42.8 darjah utara dan 145.1 darjah timur pada kedalaman 60 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #pantai Kushiro Hokkaido #tsunami #JMA
;