Gempa bumi kuat landa Chignik, Alaska

Bernama
Oktober 11, 2021 11:23 MYT
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda 114 kilometer (km) timur Chignik, Alaska pada 09:10 GMT, Isnin.
BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda 114 kilometer (km) timur Chignik, Alaska pada 09:10 GMT, Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Agensi Berita Xinhua melaporkan, pusat gempa dengan kedalaman 69.1 km itu direkodkan pada 56.2584 darjah utara dan 156.5532 darjah barat.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Chignik #Alaska #skala Richter