Gempa bumi kuat landa Caribbean, Mexico

Agensi
Januari 10, 2018 13:35 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Laut Caribbean berhampiran Honduras, Mexico.
GEMPA bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Laut Caribbean berhampiran Honduras, Mexico.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, amaran kejadian tsunami dijangka berlaku di beberapa negeri di Laut Caribbean, Mexico telah dikeluarkan.
"Ombak tsunami mencecah 0.3 hingga satu meter lebih dari paras biasa akan berlaku di pesisiran pantai Belize, Cuba, Honduras, Mexicp, kepulauan Cayman dan Jamaica," kata agensi tersebut.
Gempa bumi tersebut berlaku 44 kilometer dari pulau Great Swan di Honduras menurut US Geological Survey.
#Cuba #gempa bumi #Mexico #tsunami
;