Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Bernama
Februari 7, 2025 15:00 MYT
Februari 7, 2025 15:00 MYT
Gempa dengan kedalaman 30 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 835 km barat daya dari Bengkulu, Indonesia. - Gambar/ MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 30 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 835 km barat daya dari Bengkulu, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA