Gempa bumi kuat landa Afghanistan, 250 dikhuatiri terkorban

Agensi
Jun 22, 2022 14:05 MYT
Ratusan individu dikhuatiri terkorban dan mengalami kecederaan akibat gempa bumi kuat itu. - Foto Twitter WHO
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda daerah Paktika di Afghanistan mengakibatkan 250 orang terkorban, lapor pihak penguatkuasa tempatan.
Imej-imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan individu-individu yang tercedera dan kesan runtuhan akibat gempa berkenaan.
BBC melaporkan, setakat ini, 250 orang dfikhuatiri maut dan lebih 15o lagi mengalami kecederaan.
Gempa berkenaan melanda kira-kira 47 kilometer dari tenggara bandar Khost.
Gegaran dilaporkan dapat dirasai sejauh 500km di Afghanistan, Pakistan dan India.
"Malangnya, empat gempa kuat dapat dirasai di empat daerah di wilayah Paktika, yang telah mengorbankan dan mencederakan beratus orang dan memusnahkan berdozen kediaman," kata jurucakap, Bilal Karimi dalam satu pautan di Twitternya.
#gempa bumi #Afghanistan #imej di laman media sosial #nyawa terkorban
;