Gempa bumi kuat gegar utara New Zealand
Bernama
Februari 15, 2023 17:37 MYT
Februari 15, 2023 17:37 MYT
WELLINGTON: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Pulau Utara New Zealand pada Rabu, menurut penyedia perkhidmatan penyelidikan geosains New Zealand, lapor Xinhua.
Gempa pada 7.38 malam waktu tempatan (0638 GMT) itu melanda 50 kilometer (km) barat laut Paraparaumu, sebuah bandar di barat daya pulau utara New Zealand, 55 km di utara Wellington, pada kedalaman 57.4 km.
Tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini.
-- BERNAMA