Gempa bumi kuat gegar pantai Peru

Bernama
Jun 28, 2024 08:38 MYT
Pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru. -USGS
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai Peru pada 1.36 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #MetMalaysia #tsunami #skala Richter