Gempa bumi kuat gegar Maghribi
Astro Awani
September 9, 2023 08:40 MYT
September 9, 2023 08:40 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan magnitud 6.8 menggegarkan Maghribi pada Sabtu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan 71km barat daya dari Marrakesh pada kedalaman 18.5km.
Rakaman video yang dimuat naik di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, memaparkan orang ramai berlari meninggalkan kediaman mereka namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Beberapa bangunan dilihat mengalami kerosakan dalam kejadian tersebut.
Gempa berkenaan dilaporkan turut dirasa di ibu negara, Rabat.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.