Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Talaud, Indonesia

Bernama
Januari 21, 2021 15:15 MYT
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #kuat #Kepulauan Talaud #Indonesia #tsunami #MetMalaysia