Gempa bumi kuat gegar berhampiran pantai barat Honshu, Jepun

Bernama
Jun 18, 2019 23:41 MYT
Pusat gempa bumi itu terletak di 38.7 darjah Utara dan 139.4 darjah Timur, 89km Barat Laut dari Yamagata, Jepun dengan kedalaman 42km.
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Ritcher berlaku berhampiran pantai barat Honshu, Jepun pada pukul 9.22 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak di 38.7 darjah Utara dan 139.4 darjah Timur, 89km Barat Laut dari Yamagata, Jepun dengan kedalaman 42km.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Honshu #Jepun #Malaysia #tsunami
;