Gempa bumi kuat di Tajikistan, gegaran turut dirasai di Xinjiang, China

Bernama
Februari 23, 2023 13:47 MYT
Tiada laporan kemalangan jiwa dan tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang kerosakan harta benda setakat ini.
URUMQI: Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang menggegarkan Tajikistan pada pagi Khamis turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dan tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang kerosakan harta benda setakat ini, kata ketua daerahnya, Zapar.
Bekalan elektrik dan talian komunikasi di Kashgar juga tidak terjejas.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Tajikistan pada 8.37 pagi Khamis waktu Beijing.
Pusat gempa dipantau pada 37.98 darjah utara dan 73.29 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer, menurut CENC.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Tajikistan #Xinjiang #bencana alam
;