Gempa bumi kuat di rantau sempadan Panama-Colombia

Bernama
Mei 25, 2023 12:39 MYT
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Rantau Sempadan Panama-Colombia pada 11.05 pagi tadi. -USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Rantau Sempadan Panama-Colombia pada 11.05 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 1,471 kilometer (km) utara dari Iquitos, Peru dengan kedalaman 48km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #MetMalaysia #tsunami #Rantau Sempadan Panama-Colombia
;