Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Bernama
Ogos 28, 2019 10:22 MYT
Pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km.
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan pada 7.55 pagi ini (waktu Malaysia).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km.
Ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -Bernama
#gempa bumi #Jabatan Meteorologi Malaysia #Puerto Montt #Rantau Kepulauan Sandwich Selatan #skala Richter
;