Gempa bumi kuat di Mindanao

Bernama
September 6, 2020 00:08 MYT
Gempa itu berlaku pada kedudukan 82 kilometer tenggara dari Bandar Digos, Filipina dengan kedalaman 89 kilometer.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 11.23 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 82 kilometer tenggara dari Bandar Digos, Filipina dengan kedalaman 89 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Digos #Filipina #gempa bumi kuat #Jabatan Meteorologi Malaysia #Malaysia #Mindanao #tsunami
;