Gempa bumi kuat di Kepulauan Kermadec, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Astro Awani
April 24, 2023 10:10 MYT
April 24, 2023 10:10 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada jam 8.41 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 75 kilometer di koordinat 29.9 darjah selatan dan 177.6 darjah barat.
"Gempa tersebut berlaku pada 1,037km di timur laut dari Tauranga, New Zealand," menurut kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.