Gempa bumi kuat di Canada Region

Bernama
April 24, 2014 08:24 MYT
Pulau Vancouver
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Pulau Vancouver, Canada Region pada 11.10 pagi Khamis.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 49.7 darjah utara dan 127.6 darjah barat, kira-kira 328km barat laut Vancouver, Canada dan 11,197km timur laut dari Pitas, Sabah.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.
#Canada Region #gempa bumi #Jabatan Meteorologi Malaysia #Vancouver Island