Gempa bumi kuat berhampiran pantai timur Kamchatka, Rusia

Bernama
April 3, 2023 16:02 MYT
Gempa bumi dengan kedalaman 102 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 22km barat daya dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia. - Gambar/ MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai timur Kamchatka, Rusia pada 11.06 pagi ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 102 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 22km barat daya dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Rusia #tsunami #kamchatka
;