Gempa bumi kuat 8.0 magnitud landa Peru
Agensi
Mei 26, 2019 18:37 MYT
Mei 26, 2019 18:37 MYT
Gempa bumi kuat bermagnitud 8.0 pada skala Richter berlaku di utara Peru awal pagi tadi, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 110 kilometer dirasai gegarannya hampir di seluruh negara tersebut, termasuk ibu negaranya Lima.
Bagaimanapun, menurut pihak bekuasa tempatan, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.
Menurut USGS lagi, gempa tersebut melanda kira-kira 75 kilometer di tenggara Lagunas dan 180 kilometer timur bandar Moyobamba.
Selain itu, bekalan elektrik turut dilaporkan terputus di bandar-bandar Iquitos dan Tarapoto.
Foto dan video dalam talian juga menunjukkan beberapa dinding retak dan rosak.
Presiden Peru Martin Vizcarra menerusi akaun Twitter rasminya memaklumkan, pihak berkuasa sedang "menilai kawasan-kawasan yang terjejas" dan meminta orang ramai untuk bertenang.
#gempa bumi
#gempa bumi kuat
#gempa bumi Peru
#Iquitos
#Kajian Geologi Amerika Syarikat
#Lagunas
#Moyobamba
#Peru earthquake
#Tarapoto
#USGS