Gempa bumi kuat 7.0 skala Richter dikesan di Kepulauan Loyalty
Bernama
Februari 10, 2021 22:55 MYT
Februari 10, 2021 22:55 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 9.20 malam itu berpusat di 868 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 10km.
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi kuat
#Kepulauan Loyalty
#skala Richter
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#tsunami