Gempa bumi kuat 6.4 skala Richter melanda Barat Papua, Indonesia

Bernama
Disember 31, 2023 09:30 MYT
Gempa dengan kedalaman 76km itu berlaku pada jarak 168km barat dari Jayapura, Indonesia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Barat Papua, Indonesia pada 1.16 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa dengan kedalaman 76 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 168 km barat dari Jayapura, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #MetMalaysia #Barat Papua
;