Gempa bumi kuat 6.0 skala richter landa Kepulauan Vancouver, Kanada

Bernama
Disember 25, 2019 12:58 MYT
Gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km.
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Vancouver di Kanada pada 11.36 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gegaran #gempa bumi #Kanada #Kepulauan Vancouver #Malaysia
;