Gempa bumi kuat 6.0 magnitud landa luar pantai barat utara Sumatera
Bernama
Disember 30, 2023 14:29 MYT
Disember 30, 2023 14:29 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA