Gempa bumi kedua dengan kekuatan 6.1 magnitud gegar Ecuador
Agensi
April 20, 2016 21:21 MYT
April 20, 2016 21:21 MYT
Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda kawasan perairan Ecuador pada Rabu, empat hari selepas satu lagi gempa bumi menggegarkan negara itu yang membunuh hampir 500 orang, dan 1700 dilaporkan hilang.
Pusat gempa terkini yang berlaku pada 08:33 waktu GMT pada kedalaman 15.7 kilometer (9.8 batu), terletak 25 kilometer barat Muisne dan 73 kilometer baratarat daya Propecia, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa di Quito tidak mengeluarkan amaran tsunami dan tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.
Negara Amerika Selatan itu sebelum ini telah dilanda dengan satu gempa bumi berukuran 7.8 dalam skala richter di kawasan yang popular dengan pelancong.
Angka kematian setakat ini daripada gempa bumi itu adalah 480, dan dijangka akan meningkat setelah pihak berkuasa berkata 1,700 orang masih lagi hilang.
Anjing pengesan dan pengorek mekanikal dikerahkan di kawasan perairan seperti Pedernales dan Manta setelah bau badan yang reput bertama kuat.
Video ini menunjukkan gempa bumi bermagnitud 7.8 pada skala Richter yang merupakan tragedi pertama berlaku di Ecuador
Penyelamat antarabangsa dan kumpulan bantuan bergegas untuk membantu para mangsa dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke kawasan perumahan, hotel dan perniagaan yang runtuh akibat gempat bumi itu untuk mencari mereka yang masih terperangkap.
“Kami mempunyai senarai sebanyak 2,000 orang yang harus dicari namun setakat ini kami berjaya mencari 300,’ kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Ecuador Diego Fuentes.
Menurut statistk pihak kerajaan, seramai 4605 tercedera akibat gempa bumi itu.