Gempa bumi gegarkan Selatan Sumatera, Indonesia

Astro Awani
Ogos 19, 2020 09:15 MYT
Susulan gempa di Selatan Sumatera itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia, pada pukul 6.29 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gempa terjadi dengan kedalaman 84 kilometer pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia.
Terdapat kemungkinan kematian dan kerosakan yang rendah.
Kenyataan itu turut mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.
Indonesia berada di "Lingkaran Api" yang aktif di Pasifik dan sering mengalami gempa bumi dan tsunami yang buruk.
#gempa bumi #Indonesia #Jabatan Meteorologi Malaysia #Lingkaran Api #Malaysia #Selatan Sumatera #skala ritcher
;