Gempa bumi gegarkan pantai timur laut Jepun, cetus amaran tsunami

Agensi
Mac 16, 2022 23:00 MYT
Gempa bumi kuat melanda pantai timur laut Jepun pada Rabu, menggegarkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami.
TOKYO: Gempa bumi kuat melanda pantai timur laut Jepun pada Rabu, menggegarkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami.
Memetik laporan Reuters, gegaran itu mencatatkan magnitud 7.3 dan ia melanda sehingga 60 kilometer di bawah paras laut.
Wilayah yang sama dilanda gempa bumi kuat, diikuti dengan tsunami pada 2011 yang mencetuskan bencana nuklear Fukushima.
Masih tiada sebarang perincian mengenai angka kematian dan kerosakan yang dialami negara matahari terbit itu.
Sementara itu, Tokyo Electric Power Company 9501.T dalam kenyataan memaklumkan, terdapat kira-kira 2 juta isi rumah terputus bekalan elektrik.
Menurut syarikat tersebut, mereka kini juga sedang memeriksa keadaan reaktor di loji Fukushima.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di wilayah Fukushima, Miyagi dan Yamagata gegaran susulan turut dijangka berlaku.
#gempa bumi #Timur Laut #Jepun #Tokyo #amaran tsunami
;