Gempa bumi di Sumatra bunuh 22 orang
AFP
Julai 3, 2013 10:00 MYT
Julai 3, 2013 10:00 MYT
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richte melanda Sumatra semalam dan membunuh kira-kira 22 orang setakat ini.
“Setakat ini, 22 orang telah mati, 210 orang tercedera dan beribu-ribu bangunan dan rumah telah musnah,” kata Jurucakap agensi bencana Alam Sutopo Purwo Nugroho.
Sebelum ini, pasukan keselamatan dilaporkan masih menjalankan operasi menyelamatkan orang ramai yang terperangkap.
Selepas gempa bumi pertama, dua gempa bumi yang berukuran lebih 5.0 pada skala Richte turut berlaku di kawasan tersebut.
Pada April tahun lepas, satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Ricthe berlaku di Banda Aceh dan menyebabkan amaran tsunami.
Pada September 2009 pula, satu gempa bumi di Padang, Sumatra membunuh lebih 1,000 orang.