Gempa bumi di Laut Flores, Indonesia
Bernama
Januari 11, 2021 12:02 MYT
Januari 11, 2021 12:02 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilaporkan menggegar Laut Flores, Indonesia pada 9.20 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 228 kilometer (km) timur laut dari Bima, Indonesia dengan kedalaman 616 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA