Gempa bumi dengan magnitud 5.1 di wilayah Fukushima Jepun - JMA
Bernama
Oktober 21, 2022 16:57 MYT
Oktober 21, 2022 16:57 MYT
TOKYO: Gempa bumi dengan bacaan awal bermagnitud 5.1 melanda Wilayah Fukushima pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik agensi kaji cuaca di sini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku pada pukul 3:19 petang waktu tempatan (0619 GMT), berpusat di luar pesisir dengan pusat gempanya pada latitud 37.4 darjah utara dan longitud 141.3 timur.
Agensi itu juga berkata gempa itu berlaku pada kedalaman 30 km. Gempa bumi mencatatkan gegaran dengan bacaan terendah 5 pada skala intensiti seismik Jepun dengan bacaan itu memuncak pada skala 7 di beberapa kawasan di Fukushima Prefecture, menurut JMA.
Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan besar akibat gempa itu. Badan pemantau nuklear Jepun tidak melaporkan sebarang keadaan luar biasa di stesen janakuasa nuklear, termasuk loji janakuasa nuklear Daiichi di Wilayah Fukushima yang dilanda tsunami.
-- BERNAMA