Gempa bumi dengan 6.1 magnitud melanda Kepulauan Solomon - USGS

Bernama
Mei 22, 2023 10:38 MYT
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Solomon pada Ahad.
HONG KONG: Gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Solomon pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Xinhua melaporkan pusat gempa dengan kedalaman 77.8 km dikesan pada 10.2728 darjah lintang selatan dan 161.4442 darjah bujur timur.
--BERNAMA-XINHUA
#Kepulauan Solomon #Kajian Geologi AS #gempa bumi #USGS
;