Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud melanda pulau peranginan popular, Bali, Indonesia pada awal pagi Selasa sehingga menyebabkan penduduk dan pelancong bergegas keluar dari bangunan.

Bagaimanapun, lapor Agensi Pemantauan Gempa Bumi Eropah (EMSC), tiada laporan kerosakan atau kematian akibat gempa itu serta tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

Pusat gempa dilaporkan berukuran 102 kilometer (km) barat daya dari Denpasar dengan kedalaman 100 km, kata EMSC.

Penyiasatan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan magnitud awal gempa pada ukuran 5.7.

Beberapa pengguna Twitter yang berada di Bali turut memuatnaik pengalaman masing-masing ketika gempa berlaku.





Agensi Meteorologi Geofisika Indonesia dalam kenyataan menyebut, gempa itu turut dirasai di bandar-bandar lain di Indonesia seperti Lombok dan Jawa.

Negara Indonesia kerap mengalami gempa bumi yang kadangkala menyebabkan tsunami, kerana negara berkenan terletak pada lingkaran api Pasifik yang seismik aktif.