Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud gegar Jakarta
Faida Rahim
November 21, 2022 15:31 MYT
November 21, 2022 15:31 MYT
JAKARTA: Penduduk Jakarta Selatan dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan Tendean, awal pagi tadi .
Memetik laporan CNN Indonesia, gegaran dapat dirasai di Bangunan Trans Media, Tendean.
Manakala, penduduk di kawasan Pulogadung, Jakarta Timur dan Kebayoran Lama, Jakarta Selatan termasuk di Citayam Bogor, Cisauk Tangerang dan Depok turut merasai gegaran sama.
Memetik data dari Jabatan Meteorologi dan Fizik Indonesia (BMKG), kawasan Cianjur, Jawa Barat mengalami gegaran dengan kekuatan 5.6 magnitud.
Pusat gempa ditentukan berada pada koordinat 6.84 darjah lintang selatan dan 107.05 darjah bujur timur dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.