Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud dilaporkan berlaku di selatan wilayah Kerman pada Khamis.

Laporan media Iran IRNA menyebut gempa tersebut telah menggegarkan kampung Hojedk yang terletak kira-kira 700 kilometer selatan Tehran.

Gempa dianggrakan berpusat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Pada November 2017, gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda barat Iran dan mengorbankan lebih daripada 600 orang.

Iran adalah negara yang terletak di garisan berpotensi gempa dan terdedah kepada bahaya tersebut setiap hari.

Pada tahun 2003, gempa bumi berukuran 6.6 magnitud telah memusnahkan bandar bersejarah Bam dan mengorbankan 26,000 orang.