Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa laut Taiwan

Bernama
Januari 3, 2022 22:20 MYT
Pusat gempa, dengan kedalaman 15 kilometer, dipantau pada 24.00 darjah utara dan 122.39 darjah timur. - Gambar/ Info Earthstar Geographics
BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan laut berhampiran daerah Hualien, timur Taiwan pada 5.46 petang Isnin, menurut Pusat Jaringan Gempa Bumi China (CENC).
Pusat gempa, dengan kedalaman 15 kilometer, dipantau pada 24.00 darjah utara dan 122.39 darjah timur, lapor Xinhua memetik kenyataan CENC.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Taiwan #China #Hualien
;