Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegar Papua, tiada ancaman tsunami di Malaysia

Astro Awani
September 10, 2022 12:57 MYT
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut. - USGS
GEMPA bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua, Indonesia pada Sabtu.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia bagaimanapun memaklumkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
BMKG menambah pusat gempa berada sekitar 262 kilometer (km) dari bandar Biak, pada kedalaman 16km.
Setakat ini tiada laporan berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa.

Gempa bumi kuat M6.2 berlaku di Papua, Indonesia pada 8.05 pagi, 10 September 2022. Pusat gempa bumi di 2.4° Selatan dan 138.2° Timur dengan kedalaman 26 km. 279km Barat dari Jayapura,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/4N17q3txlA

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam hantaran di laman Twitter turut mengesahkan kejadian tersebut.
Jabatan itu berkata, ia berlaku sekitar 8.05 pagi waktu tempatan, dan tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sejak semalam Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berlaku di beberapa lokasi di Indonesia dengan magnitud 5.1, 5.2 dan 6.1.
#gempa bumi Indonesia #Gempa Papua #amaran tsunami
;