Gempa bumi bermagnitud 6.0 gegarkan Filipina

Bernama
Februari 8, 2019 21:00 MYT
Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km dan tidak membawa ancamanan tsunami kepada Malaysia.
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.0 pada skala Richter berlaku 146 km timur dari Surigao City, yang terletak di timur laut Pulau Mindanao, Filipina pada pukul 7.55 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, hari ini, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 km dan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#Filipina #gempa bumi #Jabatan Meteorologi Malaysia #Malaysia
;