Gempa bumi bermagnitud 5.6 gegar barat Indonesia
Bernama
Mac 2, 2023 17:03 MYT
Mac 2, 2023 17:03 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Khamis, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu BMKG.
Gegaran berlaku pada jam 6.05 pagi waktu tempatan Khamis (2306 GMT Rabu) dengan pusat gempa terletak di 36 km tenggara daerah Pesisir Selatan (Pantai Selatan) pada kedalaman 82 km, lapor Xinhua.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gegaran turut dirasai di wilayah Jambi.
-- BERNAMA