Gempa bumi bermagnitud 5.5 skala richter gegar selatan Sumatera
Bernama
April 2, 2017 00:08 MYT
April 2, 2017 00:08 MYT
Gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera pada 9.55 malam ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa terletak 105 km Baratlaut Bengkulu dan 578 km Baratdaya Pontian, Johor.
Gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami.
Menurut skala Richter, gempa bumi bermagnitud 5.0 hingga 5.9 dianggap sederhana.
-- BERNAMA