Gempa bumi Banten: Ini apa yang kita tahu setakat ini
Astro Awani
Januari 14, 2022 19:51 MYT
Januari 14, 2022 19:51 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 6.7 Richter menggegarkan Sumur, dekat Wilayah Banten, Indonesia sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Jumaat.
Berikut merupakan maklumat lanjut yang kita ketahui setakat ini:
Lokasi: Banten-Jawa, Indonesia
Tarikh: 14 Januari 2022
Waktu: 4:05pm WIB
Tsunami: Tiada amaran tsunami dikeluarkan
Kekuatan: 6.7 skala Richter
Kedalaman: 10km
Koordinat: 7.03 LS, 105.25 BT
Informasi:
52km Barat Daya Sumur-Banten
71km Barat Daya Muarabinuangeun-Banten
95km Barat Daya Labuan-Banten
141km Barat Daya Serang-Banten
197km Barat Daya Jakarta-Indonesia
* Orang ramai lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri:
* Kediaman sekolah, dan pusat komersial di lima daerah yang terkesan teruk iaitu Sumur, Cimanggu, Cikeusik, Sindangresmi dan Munjul:
* Tiada laporan kehilangan nyawa setakat berita dikeluarkan buat masa ini;
* Sehingga 4.40 waktu tempatan, dua gempa susulan dilaporkan bermagnitud 3.7 dan 3.5;
* Penduduk Kepulauan Jawa diminta waspa dengan gempa susulan, dan
* Petugas Antaranews di Wisma Antara Jakarta Pusat turut dilaporkan bertempiaran keluar menyelamatkan diri.