Gempa bumi 7.2 magnitud landa kepulauan Vanuatu
Astro Awani
April 3, 2016 17:57 MYT
April 3, 2016 17:57 MYT
Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda 94 kepulauan Vanuatu pada Ahad.
Menurut Pusat Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran tersebut berpusat 94 batu di perairan barat laut kepulauan itu dengan kedalaman 35 kilometer.
Serentak dengan itu, satu amaran 'gelombang tsunami berbahaya' dikeluarkan bagi jarak 300km dari pantai telah dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Setakat ini tiada laporan mangsa dan kerosakan diterima.
Kejadian gempa bumi adalah sesuatu yang biasa di kawasan tersebut namun tidak menyebabkan tsunami.
Gempa 7.3 magnitud melanda pulau-pulau luar Vanuatu pada Oktober 2015 dan 6.3 magnitud pada Disember tahun yang sama namun tidak menyebabkan apa-apa kerosakan.