Gempa bumi 7.0 cetus amaran tsunami
Sinar Harian
Ogos 29, 2018 16:53 MYT
Ogos 29, 2018 16:53 MYT
Gegaran dilaporkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 372 kilometer ke timur ibu negara New Caledonia, Noumea. -USGS
Gempa bumi kuat bawah laut berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan berhampiran New Caledonia di Pasifik Selatan hari ini, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Gegaran dilaporkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 372 kilometer ke timur ibu negara New Caledonia, Noumea.
Menurut amaran pusat berkenaan, ombak tsunami setinggi satu meter mungkin melanda New Caledonia, Fiji dan Vanuatu berikutan gempa bumi kuat hari ini. - AFP/ Reuters
#Fiji
#gempa bumi
#New Caledonia
#Noumea
#Pasifik Selatan
#Pusat Amaran Tsunami Pasifik
#tsunami
#Vanuatu