Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Bernama
Julai 8, 2024 10:10 MYT
Julai 8, 2024 10:10 MYT
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 26.9 darjah utara dan 138.8 darjah timur iaitu 871 kilometer selatan dari Hamamatsu, Jepun, dengan kedalaman 567 kilometer (km).
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA