Gempa bumi 6 magnitud landa selatan Jepun, loji nuklear selamat

Agensi
April 14, 2016 22:54 MYT
Keadaan sebuah pejabat di Kumamoto yang berselerak selepas berlaku gempa pada 14 April. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan maut dalam satu kejadian gempa bumi berkekuatan 6 magnitud melanda selatan Jepun pada Khamis, hingga meruntuhkan bangunan, ujar jurucakap kerajaan.
Angka kematian itu dilaporkan AFP, termasuk beberapa lagi yang mengalami kecederaan.
sementara itu, pengawal atur nuklear di loji janakuasa juga tidak mengalami masalah.
Gempa itu berlaku di 11 kilometer di timur Kumamoto, lapor Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pada awalnya, magnitud yang dicatatkan adalah 6.2 namun bacaan itu telah direndahkan.
Stesen penyiaran NHK pula melaporkan gegaran itu sekuat 6.4 magnitud.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun ketua jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, berkata beberapa buah bangunan telah runtuh.
“Kami bercadang untuk lakukan yang terbaik untuk mengendalikan situasi. Saya kini mahu mengetahui semua maklumat mengenainya,” ujar Perdana Menteri Shinzo Abe.
NHK melaporkan bahawa kebakaran telah telah berlaku di Mashiki, sebuah bandar yang dihuni kira-kira 34,000 orang berdekatan pusat gempa.
Pihak Berkuasa Kawalan Nuklear berkata, tiada insiden luar biasa berlaku di ketiga-tiga loji nuklear di pulau Kyushu dan Shikoku.
Beberapa perkhidmatan kereta api laju dihentikan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
#gempa bumi #gempa bumi Jepun #Kumamoto #selatan Jepun
;