Gempa bumi 6.8 pada skala Richter landa selatan Filipina

Bernama
Ogos 3, 2024 01:00 MYT
Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pagi ini.
MANILA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Gempa berlaku pada 6.22 pagi waktu tempatan pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 66 kilometer timur laut bandar pesisir Lingig.
Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Mindanao termasuk Agusan del Sur, Davao de Oro, Davao City, Davao Occidental dan beberapa kawasan di tengah Filipina.
Gempa tektonik itu dijangka menyebabkan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Filipina #skala Richter #gegaran