Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun

Bernama
Ogos 10, 2024 06:15 MYT
Pusat gempa terletak pada kedalaman 490 kilometer, dengan 47.4 darjah utara dan 145.6 darjah timur.
TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi cuaca negara itu.
Gempa berlaku pada 12.29 tengah hari waktu tempatan dan mencatatkan kekuatan tiga daripada tujuh pada skala intensiti seismik Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Pusat gempa terletak pada kedalaman 490 kilometer, dengan 47.4 darjah utara dan 145.6 darjah timur, menurut JMA.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Jepun #Laut Okhotsk #tsunami